JULAI 2022

Premier Sarawak Adun N26 Gedong Sumbang Lembu


GEDONG, 10.7.22 - Premier Sarawak merangkap ADUN N26 Gedong telah hadir bagi menyerahkan sumbangan peribadi sebanyak 9 ekor lembu untuk diqurbankan sempena Hari Raya Haji bertempat di Masjid Al-Kawathir, Gedong. 

Selain penyerahan lembu, beliau juga menyampai daging lembu kepada 23 buah kawasan di bawah DUN 26 Gedong yang diwakili oleh Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum serta Pengerusi Masjid dan Surau. 

Turut menyumbang adalah YB Dato Sri Hajjah Nancy Hj Shukri sebanyak 8 ekor, Lembaga Amanah Masjid Samarahan sebanyak 10 ekor dan YADIM sebanyak 3 ekor. 

Hadir sama adalah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong, YB Dato Sri Hajjah Nancy Haji Shukri, Residen Samarahan, Tuan Haji Ibrahim bin Lumpu, Pegawai Daerah Gedong, Encik Khalik Manap dan dif kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku